Posts

Kuih buah tanjung

Image
RESEPI BUAH TANJONG BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN 10 biji kuning telur 1 kg gula pasir 500ml air 250gm tepung pulut 100gm tepung beras 2 helai daun pandan 5 kuntum bunga cengkih 1 sudu teh pewarna oren - jika suka CARA-CARA MEMBUAT Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan. Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.  Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung. Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat. Apa lagi... Makan lahhh hehe...